Thursday, October 8, 2009

Adakah Semua Guru Faham Kaedah Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat?

Kenaikan pangkat perkhidmatan guru melalui pelbagai laluan. Antaranya melalui Laluan Guru Cemerlang, Laluan Hakiki, Laluan Time-Based dan Laluan Khas. Status kenaikan pangkatnya juga pelbagai...hakiki, KUP . Walau apa jua kaedahnya, kenaikan pangkat melibatkan kenaikan jumlah gaji. Kenaikan gaji tahunan semasa DGA 29 akan meningkat apabila sudah naik ke gred DGA 32. Begitu jua apabila sudah naik gred daripada DG 41 ke DG 44.

Walau apa pun jenis kenaikan pangkat guru, mereka perlu faham dan jelas tentang kaedah dalam menetapkan gaji permulaan dalam gred baru (gred kenaikan pangkat). Dalam hal ini, asas yang perlu guru faham ialah jumlah kenaikan ke gred kenaikan pangkat perlu lebih tinggi daripada kenaikan tahunan dalam gred lama (gred sebelum kenaikan pangkat).

Untuk maklumat lanjut, guru-guru boleh meneliti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14, Tahun 2007.....Walaupun pekeliling ini hanya dikeluarkan pada penghujung tahun 2007, tapi tarikh kuatkuasanya ialah pada 1 November 2002. Hal ini bermakna ada kemungkinan guru-guru yang telah dinaikkan pangkat pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 telah disalah letak gaji permulaan gaji semasa kenaikan pangkat tersebut.

Tidak salah guru-guru semua membuat semakan pada Buku Perkhidmatan masing-masing. Jika guru-guru tidak faham, berhubunglah dengan Kesatuan Guru masing-masing. Sebagai salah seorang pemimpin kesatuan guru di Malaysia, Insya Allah saya akan membantu mana-mana guru yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut.

Insya Allah, jika ada kesempatan saya akan menghuraikan secara ringkas tentang isi-isi penting dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007 yang sangat penting itu.

No comments:

Post a Comment